Tuesday, March 3, 2009

Kenapa...???

Assalamualaikum...

...dan salam sejahtera

Hari ni hari Selasa. Harini rase betul2 tak bermaya...sbb aku saket kepala. Dari smlm lg aku pening & rase dah saket tekak. Penat betul rasenyer, sampaikan mase bawak kete balik keje pun rase nak tetido dalam kete. Kalaulah ade bantal mase tu, mmg jam2 tu aku tido.Hehehe =D tapi mane bley, abes laa... cari nahas namenyer tu.

Harini aku sampai umah pukul 5.30pm lebih kurang laa.Sampai2 jek, masuk umah terus baring kat sofa. Betul2 tak tahan dah tu...10 minit kemudian aku pegi dapo makan obat feveret ku, Sinucidin. Pergh~ Nak tgk Spa-Q nyer pasal nih.So mase tgk cite tu ilang laa saket kepala tu. Tp bile dah masuk malam, saket plak...Agaknye tak cukup dos aku makan, sbb aku mkn sejibik jer.Patutnyer dua bijik laa baru cukup kan utk org yg umo cam aku nih. Hehehe...

Well, sedang2 aku saket kepala tu...ade plak yg mesej aku. Ouwh, "dia" rupenyer...Tapi aku tak balas, sbb saje... =D hehehe. Lagipun aku tgh isi borang jawatan UiTM ni. I bizi kay~ tak sempat nak balas mesej u...Hmmm, tp ntahla, bukannyer susah nak balas tu, tapi mebi sbb aku mcm geram pun ader. Hehehe...
Kemudian lps dah isi2 borang tu aku pun baring2 lah kejap utk merehatkan diri yg tersangatlah penat nih. Tiba2, fon ku berbunyi..."ringtone" yg biase aku dgr. Ouwh, "dia" rupanyer..nak jawab ke tak nih. Then aku jawab laa, buat2 suara yg mmg sgt penat, dah baru bangun tido..hikhik. Mmg dah terlelap dah pun...

So, mcm2 laa borak dia tnye aku nape tak bls mesej, ok ke tak... So, aku cakap laa saket kepala jer. Mengadu nih... Tp hati aku sbnrnyer tak brape puas hati dgn insiden yg berlaku mggu lepas. Aku rase mcm ntahla..nak tak nak je cakap. tak rancak mcm selalu. Die pun aku dgr mcm busan je ckp ngan aku... So aku pun wat2 bosan la jugak. Hehehe...

Tapi ntah kenapa, bila ku fikirkan balik...Hmm, kesian plak...takpelah, wat mcm biase jer. Kire mcm aku dah lupakan hal yg lepas tu. Biarpun hati aku masih tak dapat terima n masih lg pedih. Huhu~ Ape bley buat~ T_T Lame2 tu ok jer...cakap mcm biase, dah mula mesra mcm dulu. tapi terase mcm dingin jugak. Aku pun tak taula, brape lame bley bertahan ni. tapi harap2 cerita ni ade penghujung yg baik~ Aminnnnn....


Sunday, February 1, 2009

Kembali

Assalamualaikum....

Setelah berbulan-bulan tak update blog, arini baru tetiba rase mcm nak update... Takde masa...
Almaklumlah, skrg kehidupan dah berbeza.. Dulu byk buang masa, skrg dah takda masa. Well... what to do. Tambahan pulak, skrg ni byk memikirkan soal diri sendiri.. Macamana nak tingkatkan prestasi kerja, prestasi hidup...Nak cari duit lebih~ Sekarang masih dlam proses nak mencari hala tuju yg sebenar... Nak setel down everything, yelah, umo pun dah suku abad ni. Hmm..oopss~

Well, hopefully... nak update lg cite2 best... Aku ni bukan pandai pun nak tulis2 blog nih~ Kang merepek plak... Anyway, hopefully my life will be better in this 2 to 3 years to come. Aku memohan supaya Allah s.w.t. mengabulkan permintaan ku selama ni...Amin~

Saturday, October 25, 2008

~~~ L.O.S.T ~~~

Lost......

I don’t know if you’re pushing me away or pulling me closer
I don’t know where I stand
I don’t know what you want from me
Or if you care at all

Your words lash out and hurt
Then lovingly draw me in
I don’t know what you want from me
Do you want this to end

Don’t turn tables
Or place this on me
Just come out and tell me
What it is you want

I can’t read minds
I don’t know where I stand
Are you pushing me away
Or are you going to finally let me in

What You Need

I read your words—the tears just come
I stare at the page, my body is numb

I feel your pain like it was my own
My heart sank in my stomach like a stone

I’m wishing I could span the miles
To wipe your tears and bring you smiles

I’d hold you close and hug you tight
Making promises that all will be right

Our friendship’s so important to me
I truly hope it’s plain to see

I wish from pain your heart was freed
You know I’ll give whatever you need

- Ann Marie

Wednesday, October 8, 2008

*** LoVe vs LiKe ***

Never leave the one you [LOVE]

for the one you (LIKE)

Because the one you (LIKE) will leave you

for the one they [LOVE]

The one you (LIKE) will give you goosebumps;

the one you [LOVE] will make you laugh

and send shivers down your spine.

When the one you (LIKE) cries, you feel sorry for them;

but when the one you [LOVE] cries, you cry for them...

True Love Doesn't Have A Happy Ending

BECAUSE True [LOVE] Never Ends....

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran (part 2)

sambungan...

Nabi menerima wahyu dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya:

1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.

3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah:

a) Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.

b) Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh)

c) Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.

d) Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: "Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu." (Surah al-Furqan, ayat 32)

e) Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.

Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam segenap aspek, bukan saja suruhan dan larangan, malah merangkumi cerita alam ghaib, teladan dan ilmu pengetahuan. Peristiwa Nuzul Al-Quran mengubah dan membina peradaban umat kerana Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah. (Buku Peristiwa Bersejarah Bulan Ramadan).


Sekian,
Wassalam~ (=

Nuzul Quran (part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Fuhhh~ Hari ni hari ke-17 puasa. Dan harini ni tempat aku cuti sempena Nuzul Quran... Alhamdulillah. Tapi hari ni penat betul rasenyer. Panas terik...Sampai kering tekak aku. Ermm sebenar nye aku saje nak kongsi dgn sume psl Nuzul Quran ni. Oleh itu, harap2 sume sudi membaca nyer. Aku dpt info ni dari salah sebuah artikel di internet... =) untuk menambah pengetahuan kita bersama...


Kalam Allah beri hidayah, petunjuk manusia tinggalkan hidup jahiliah penuh kesesatan

PERISTIWA Nuzul al-Quran antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107).

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata "Al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "Al-Quran yang mempunyai mukjizat". Disebabkan keutamaan inilah, Al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Al-Quran adalah mukjizat terbesar dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat Al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Penurunan ayat Al-Quran secara beransur-ansur mempunyai hikmah, antaranya tidak membebankan pesuruh-Nya dan umat Islam pada zaman awal Islam, malah sesetengah ayat diturunkan bagi menerangkan kedudukan sesuatu kes dalam masyarakat. Contohnya, dalam kes Umar terhadap Rasulullah SAW yang mengingatkan kemungkinan ada antara mereka yang menemui isteri Baginda bersikap tidak jujur. Sejurus kemudian, turun wahyu Allah menjelaskan perkara itu, iaitu firman Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang Mukminin hendaklah memakai jilbab. Dengan demikian akan mudah dikenali dan tidak diganggu. Allah Maha Pengampun dan Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Waktu penurunan Al-Quran mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud: "Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil)." (Surah al-Baqarah, ayat 185).


bersambung...